Banjir | Mangsa di PPS kekal pada angka lebih 6,000 orang

2023-01-26 0

Bilangan mangsa banjir di Sabah naik mendadak kepada 6,453 orang setakat jam 4 petang Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan ia melibatkan 2,209 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lima kawasan terjejas iaitu Paitan, Pitas, Kudat, Lahad Datu, dan Kota Marudu.